Banyak bisnes kecil yang takut untuk berkembang. Ada pula yang kedekut melabur untuk kembangkan bisnes.
Sebenarnya, walaupun tak mahu sangat berkembang, kita mesti BERSEDIA untuk berkembang.
Jangan sampai nanti menyesal kemudian hari…
Ini soalan asal yang ditanya kepada saya, seperti dalam tweet ini:
NAK SIMPAN DUIT KE NAK LABURKAN DUIT KEMBANGKAN BISNES?
— bukhariramli (@bukhariramli) June 6, 2023
Ada banyak pertimbangan (BUKAN jawapan). Yang kita sendiri perlu timbang.
Mungkin ada yang berkhilaf satu sama lain. Timbang sendiri mana sesuai.
Baca semuanya:
(Thread)
👇👇👇 pic.twitter.com/AUNuIzbOn8
Untuk kembangkan bisnes, perlukan duit
Ada orang menjual, jualan pun takde!
Takde jualan, takde duit masuk.
Bertahun-tahun.
Jadi, langkah pertama, usahakan sampai dapat jualan.
Elakkan menjual syok sendiri & buat tanpa ilmu main ikut-ikut orang.
😱😱😱
Belajar langkah menjual yang betul.
Apabila sudah ada jualan…
Buat kira-kira yang betul.
Pastikan bisnes untung.
Untung maksudnya ada duit lebihan. Untung maksudnya harga jualan boleh bayar semua kos bisnes. Letak harga yang betul supaya bisnes kita TAK RUGI.
Nantikan artikel-artikel seterusnya tentang cara yang betul untuk kira kos bisnes & tetapkan harga.
Jualan RM30,000 BUKAN bermakna bisnes untung RM30,000. Bisnes pastinya ada kos perlu dibayar. Lepas tolak-tolak semua kos, mungkin tinggal RM5,000 sahaja.
Apabila sudah ada untung…
Pastikan untung disimpan. Masuk kantung bisnes.
Jangan rompak duit bisnes! Bina cash reserve bisnes.
Paling senang, duit jualan masuk akaun bisnes. Bukan masuk akaun peribadi. BUKAN bisnes namanya kalau duit masuk akaun peribadi.
Semua untung dikira sebagai pendapatan pemilik & diambil masuk poket sendiri. Ini namanya merompak bisnes sendiri!
Banyak bisnes yang gagal membina persediaan masa depan, sebab takde simpanan bisnes. Ada orang tak mahu kembangkan bisnes sebab nak duit masuk poket sendiri.
Bila dah ada duit, barulah kita pilih…
Ke mana mahu halakan duit bisnes?
Mana satu?
👉 Nak simpan duit dalam kantung bisnes
👉 Nak belanja duit untuk kembang bisnes
Ini bergantung pada apa tujuan kita.
Apa tujuan hidup?
Dari tujuan hidup, baru pergi kepada tujuan bisnes.
Sebab, bisnes ialah alat untuk capai tujuan hidup.
Jadi, apa tujuan kita buat bisnes? Ini yang kita perlu bagi jelas dari awal.
Berapa besar kita mahu scale?
Besar tahap mana kita mahu?
Perlu jawab soalan-soalan berikut:
Berapa staf?
Berapa jualan?
Berapa tanggungan?
Setiap orang mahukan tahap yang berlainan dalam bisnes.
Tak semestinya membesarkan bisnes maksudnya besarkan sebesar-besarnya! Terpulang pada kitalah untuk memilih & mencorakkan sendiri perjalanan kita.
Jangan takut tak tentu hala.
Ada pula yang takut besarkan bisnes sebab…
Besar periuk, besar kerak.
Bisnes besar, ada peningnya.
Staf ramai. Pening kepala menguruskan. Terpaksa melayan perangai banyak kepala.
Ofis besar. Belanja pun besar. Tanggungan banyak.
Ada orang tak suka kompleksiti lebih sangat.
“Buat apa bisnes besar, nanti pening kepala?!”
Mesti pernah dengar orang cakap macam ni, kan?
Iye betul. Kita tak nafikan.
Tapi…
Dalam masa yang sama, kita perlu juga tengok…
Besar periuk, besar hasilnya.
Bisnes yang besar, ada lebih leverage.
Ada ramai staf digerakkan operasi bisnes. Sekali beri arahan, ramai yang menggerakkan. Semua proses kerja dari marketing, ke jualan, sampailah kepada memberi khidmat kepada pelanggan, tetap berjalan setiap hari.
Ada pengurus yang menguruskan bisnes. Ada sistem aturan kerja yang mereka ikut. Mereka boleh jalankan semua ini walaupun tanpa kehadiran kita.
Bukan semata-mata pada besarnya tim kita. Membina bisnes bermaksud, kita perlu juga membangunkan tim pengurusan & sistem kerja yang betul.
Lebih besar tim, lebih besar hasilnya. Jualan lebih besar, boleh simpan duit & bina cash reserve yang lebih besar.
💪💪💪
Cash reserve lebih besar boleh jadi persediaan untuk masa depan.
Dalam artikel-artikel seterusnya, Strategi Bisnes akan kupas lebih tentang topik membina pasukan bisnes yang bagus.
Kenapa bisnes kecil patut bersedia untuk dikembangkan?
Bisnes kecil jangan statik. Jangan terlalu selesa dalam kejayaan kecil & sementara.
Kenapa?
Jom kita tengok 5 faktor yang mungkin kita terlepas pandang & tak pernah terfikir…
✅ Inflasi sentiasa wujud. Maksudnya nilai duit makin lama makin kecil. Takkan nilai jualan mahu kekal pada tahap sama bertahun-tahun. RM10,000 dulu besar, sekarang kecil nilainya!
✅ Pekerja mahu naik gaji. Mereka mahu naik pangkat, ada nampak perjalanan karier. Mereka juga mahu tingkatkan nilai hidup mereka sendiri. Kalau takde perkembangan karier & gaji, mereka akan lari ke syarikat lain.
✅ Kos iklan sentiasa meningkat. Dulu murah, sekarang makin mahal. Dulu iklan biasa-biasa boleh dapat hasil, sekarang kena berusaha lebih. Kena masuk banyak platform. Tim iklan pun perlu lebih ramai & lebih berbakat (dan gaji lebih besar).
✅ Persaingan makin banyak. Dulu tak ramai berbisnes, sekarang makin ramai masuk dalam gelanggang bisnes. Pelanggan makin banyak pilihan. Kalau takde tim berbakat (dibayar gaji kompetitif) untuk fikir strategi, kita akan cepat kalah.
✅ Cabaran semakin besar. Esok lusa belum pasti. Kita tak pasti ketidaktentuan yang berlaku tiba-tiba. Contohnya: pandemik yang tiba-tiba menjejaskan operasi bisnes. Kalau tak bina sistem kerja teratur, bina tim & bina cash reserve cukup, angin tiup sikit pun kita goyang.
Cuma mungkin tak pernah terfikir dari sudut begini…
Kita tak boleh statik & selesa.
Benda yang berlaku di sekeliling bisnes kita (antaranya 5 perkara di atas) sedang menyerang bisnes kita tanpa kita sedar.
Kita macam berada di eskalator yang bergerak turun ke bawah. Kita nak naik, atau paling tidak, kita tak nak ke bawah. Tapi… kalau kita kekal tak bergerak, maknanya kita pun ditariknya ke bawah.
😭😭😭
Walaupun kita TAK MAHU berkembang jadi besar, kita tetap perlu bergerak aktif hanya untuk kekal di tempat sama.
Jadi…
Sediakan payung sebelum hujan
Ramai pemimpin bisnes kecil:
“Cukuplah macam ni. Nak kembang bisnes buat apa?”
Terlalu selesa.
Esok lusa datang cabaran, baru gelabah.
Duit dah menipis, baru mencari alternatif.
Sudah terhantuk, baru tengadah.
Masa itu, rasa menyesal masa tengah sedap dulu tak membina persediaan & perkuatkan bisnes.
‘Kacau’ diri sendiri
Bagi cabaran pada diri sendiri, sebelum cabaran datang.
Jadi pesaing sendiri, sebelum dihentam persaingan.
Beberapa contoh:
✅ Cipta variasi baru kepada produk sedia ada
✅ Bangunkan produk baru dalam bisnes sedia ada
✅ Bina bisnes baru, selepas tim pengurusan mampu uruskan bisnes sedia ada
Untuk lebih faham, begini maksudnya…
Pesaing baru sentiasa akan masuk gelanggang. SEBELUM kita dikacau oleh pesaing yang keluarkan produk lebih baik, kita inovasikan produk baru & bisnes baru untuk kacau diri sendiri dulu.
Pelanggan akan lari kepada produk lain selepas beberapa ketika. Daripada mereka lari kepada orang lain, lebih baik mereka lari kepada produk baru yang juga produk kita sendiri.
Laburkan sebahagian cash reserve untuk inovasi baru. Kacau bisnes sendiri, sebelum orang lain & persekitaran yang kacau kita.
Tetap terus melangkah
Jadi, sebenarnya…
🔥 Sama ada kita mahu membesarkan bisnes atau biar bisnes kekal kecil, kita tetap perlu bergerak ke depan.
Tetap perlu ada plan untuk scale up.
Tetap perlu bina persediaan yang cukup.
Cuma scale besar mana itu terpulang sendiri. Apabila sampai masa perlu kembangkan, kita sudah sedia. Bukan bila dah hujan baru terkial-kial cari payung.
Apa kita patut buat ialah:
✅ Simpan cash reserve 6-12 bulan operasi
✅ Laburkan sebahagian untuk perancangan scale up & merencana langkah seterusnya
✅ Ubah duit hari ini, jadi aset yang bawa duit lebih berpanjangan
2 Responses
Artikel ni menyedarkan saya bahawasanya, HARI HARI adalah CABARAN dalam bisnes. Tak kira la time rugi ke, untung ke, stagnant ke.
1. Baru memahami kepentingan cash reserve. Dan wang itu bukan sekadar hanya wang lebihan yang nak digunakan untuk sesuka hati.
2. Tujuan menggunakan duit lebihan kena selari tujuan hidup kemudian tujuan bisnes. Sebelum membina atau melabur kepada perkara lain. Wajar melabur kepada diri sendiri dahulu. Membina skill tenang dan pandai membuat keputusan. Lain padang, lain belalang. Kalau masih diri yang sama ketika mahu scale, takut syok sendiri.
3. Apa2 terjadi perlu ada scale. Terutama point 5 , cabaran makin besar. Ini perkara yang tidak boleh dielakkan. Saya baru sedar yang selama ini saya di tahap yang sama. Tapi tiada ada progress. Akibat cabaran itu makin besar, saya makin lemau dan lama-lama hanyut dengan masalah dan kemudian saya gusar dan akhirnya boleh membuat rasa “give up” dengan bisnes sendiri.